Bagaimana tertubuhnya Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu, dan Kolej Universiti TATI, TESDEC dan pelbagai lagi pengalaman beliau dalam menaikkan nama insititusi pendidikan di negeri Terengganu, sehingga akhirnya bersara daripada dunia politik namun masih bersemangat meneruskan minat dalam bidang pendidikan menerusi Institut Kemahiran KT Skill. Kisah manis, pahit, sepak terajang dunia politik sebagai Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu selama 2 penggal, dan juga kisah inspirasi tokoh-tokoh yang menjadi mentor beliau dalam dunia akademik dan politik seperti Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad dan Tan Sri Musa Mohamad turut terkandung dalam buku ini. Seterusnya beliau berkongsi pengalaman beliau dalam bidang politik, bagaimana dengan bermodalkan pinjaman bank untuk berkempen di DUN Bukit Payong, sehinggalah menang-kalah-menang-digugurkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Terengganu. Beliau tidak berputus asa dan peluang kedua yang tiba iaitu tawaran melanjutkan pengajian di Universitas Gadjah Mada di Indonesia tidak disia-siakannya, dan seterusnya sehingga ke peringkat PhD di University of Essex, United Kingdom.īuku ini juga mengisahkan kisah suka-duka beliau dalam bidang akademik, bermula daripada seorang tutor/felo sehingga menjawat jawatan Dekan di Pusat Pengajian Sains Fizik, USM. Perjalanan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau meneruskan pembelajaran di Universiti Malaya namun malangnya terkandas seawal tahun pertama pengajian. Kisah yang diceritakan bermula daripada seorang budak kampung yang digelar ‘Putih’ dan bekerja sebagai penggembala kambing, menjual bepang dan ikan di pasar, seterusnya berjaya diterima masuk ke sekolah elit di Kuala Lumpur. Pernah dikenali sebagai “Exco Kertas Kerja” kerana gemar menulis kertas kerjanya sendiri, tidak seperti wakil rakyat lain yang kebiasaannya mengharapkan pegawai bawahan untuk menulis kertas kerja, saya yakin penulisan beliau ini dapat menghasilkan satu naskhah yang menarik dan tersendiri. Sudah lama kami adik-beradik mendesak beliau untuk menulis autobiografi yang menceritakan pengalaman beliau yang unik untuk dijadikan pedoman dan panduan anak-anak, cucu-cucu dan seterusnya mereka yang membaca buku ini. Lonjakan kuantum (Quantum Leap), daripada Fizik ke Politik merupakan sebuah autobiografi ayah saya, Abdul Latiff Awang. My first edited book! One of 2021 KPIs achieved!
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
January 2023
Categories |